Apabila saya melancarkan laman web ini beberapa minggu yang lalu, ramai yang sangat terkejut. Ianya mengambil (masih lagi) masa yang agak lama untuk memahami tujuan saya.
Tetapi sebelum saya mulakan penerangan saya, saya ingin menyentuh perkara perkara yang awal. Beberapa tahun yang lalu ketika mempelajari bidang pengurusan di ‘Fachhochschule Vienna’, saya menulis tesis yang bertajuk ‘ Working Climate – Factors and Indicators’ untuk Ijazah Sarjana saya. Saya belajar dengan kaedah ‘Avocational’, yang bermaksud bekerja di jabatan Sumber Manusia di sebuat syarikat di Vienna, Austria pada siang hari dan di sebelah petang, saya belajar teori dari orang lain.
Topik topik kepuasan pekerja, suasana tempat kerja dan keadaan tempat kerja selalu menjadi keghairahan saya. Tetapi pada masa itu, internet tidaklah seperti sekarang – contoh, Google masih belum wujud.
Beberapa tahun selepas itu saya terjumpa sebuah laman web untuk penilaian sebuah hotel. Pada mulanya saya tidak dapat berbuat apa apa dengannya. Tetapi setelah beberapa bulan, saya selalu periksa dari masa ke semasa sebelum saya menempah sesebuah hotel. Hari ini, saya tidak akan menempah sesebuah hotel sebelum melawati laman web hotel berkenaan.
Pada suatu hari tiba tiba saya sedar dan mendapat idea untuk menggabungkan kedua dua idea berkenaan (keadaan pekerjaan dan pemeriksaan ditalian). Saya memeriksa di internet tetapi tidak dapat menemui banyak maklumat mengenainya. Selepas itu saya tahu yang saya harus berbuat sesuatu…
Disebab saya sedang berada di Malaysia bersama sama suami yang sedang bekerja dengan status bermastautin,serta 2 orang anak kami semenjak setahun yang lalu, saya mempunyai banyak masa bukan sahaja untuk memikirkan tentang perkara ini, tetapi juga untuk menyedari sesuatu. Walaubagaimanapun, anak anak adalah lebih penting.
Pada musim luruh yang lepas, saya temui satu syarikat laman web yang sangat mesra pelanggan dan fleksibel dan orang orang disana memberi saya sokongan yang padu untuk merealisasikan idea saya (terima kasih kepada Kervin)