2007/08/21

KELZEN – Mesej E-mail

KELZEN – Periksa Majikan
Dari Pekerja untuk Pekerja

Bagaimana dengan keadaan pekerjaan anda?
Adakah anda berpuas hati!

Nilai Majikan (majikan yang lepas) anda sekarang di
http://www.kelzen.com

Anda boleh membantu yang lain mencari majikan yang sesuai untuk mereka.

(SILA SALIN PAPARAN INI KEDALAM PETI E-MAIL ANDA DAN HANTARKAN KEPADA RAKAN RAKAN ANDA)

Apa itu KELZEN?

KELZEN adalah satu platform tanpa nama untuk menyemak majikan berdasarkan penyerahan daripada pekerja sekarang mahupun yang telah lalu.
Carian awal daripada pencari kerja hari ini akan menghasilkan pelbagai jenis maklumat mengenai majikan yang berpotensi sebagai contoh jenis barangan, jumlah pendapatan dan bilangan pekerja.

Tetapi sebilangan pekerja juga berminat didalam:
KEADAAN DITEMPAT KERJA dan suasana DITEMPAT KERJA
Inilah sebabnya KELZEN menyediakan satu tapak dimana maklumat mengenai majikan boleh dikongsi dengan TANPA NAMA & PERCUMA.

KELZEN - WAWASAN

Setiap pencari kerja sepatutnya mendapat maklumat tambahan berkenaan keadaan, suasana pekerjaan serta majikan yang berpotensi supaya ia dapat membuat keputusan untuk sesuatu pekerjaan yang baru.

KELZEN – Permulaan

Apabila saya melancarkan laman web ini beberapa minggu yang lalu, ramai yang sangat terkejut. Ianya mengambil (masih lagi) masa yang agak lama untuk memahami tujuan saya.

Tetapi sebelum saya mulakan penerangan saya, saya ingin menyentuh perkara perkara yang awal. Beberapa tahun yang lalu ketika mempelajari bidang pengurusan di ‘Fachhochschule Vienna’, saya menulis tesis yang bertajuk ‘ Working Climate – Factors and Indicators’ untuk Ijazah Sarjana saya. Saya belajar dengan kaedah ‘Avocational’, yang bermaksud bekerja di jabatan Sumber Manusia di sebuat syarikat di Vienna, Austria pada siang hari dan di sebelah petang, saya belajar teori dari orang lain.

Topik topik kepuasan pekerja, suasana tempat kerja dan keadaan tempat kerja selalu menjadi keghairahan saya. Tetapi pada masa itu, internet tidaklah seperti sekarang – contoh, Google masih belum wujud.

Beberapa tahun selepas itu saya terjumpa sebuah laman web untuk penilaian sebuah hotel. Pada mulanya saya tidak dapat berbuat apa apa dengannya. Tetapi setelah beberapa bulan, saya selalu periksa dari masa ke semasa sebelum saya menempah sesebuah hotel. Hari ini, saya tidak akan menempah sesebuah hotel sebelum melawati laman web hotel berkenaan.

Pada suatu hari tiba tiba saya sedar dan mendapat idea untuk menggabungkan kedua dua idea berkenaan (keadaan pekerjaan dan pemeriksaan ditalian). Saya memeriksa di internet tetapi tidak dapat menemui banyak maklumat mengenainya. Selepas itu saya tahu yang saya harus berbuat sesuatu…
Disebab saya sedang berada di Malaysia bersama sama suami yang sedang bekerja dengan status bermastautin,serta 2 orang anak kami semenjak setahun yang lalu, saya mempunyai banyak masa bukan sahaja untuk memikirkan tentang perkara ini, tetapi juga untuk menyedari sesuatu. Walaubagaimanapun, anak anak adalah lebih penting.
Pada musim luruh yang lepas, saya temui satu syarikat laman web yang sangat mesra pelanggan dan fleksibel dan orang orang disana memberi saya sokongan yang padu untuk merealisasikan idea saya (terima kasih kepada Kervin)

Siapa yang seharusnya menilai majikannya?

Saya memikirkan tentang beberapa kumpulan yang boleh mengambil bahagian didalam penyerahan semakan.

KETIDAK PUASAN HATI
Anda akan tentu terfikir tentang kumpulan ini dahulu.
Disini saya nampak pekerja pekerja yang tidak berpuas hati dengan seseorang dan kerja mereka hanya ingin melepaskan perasaan kecewa mereka.
Kenyataan: Saya cuba untuk memeriksa setiap semakan dan ingin membuat kenyataan yang semakan yang mana semua kriteria diberi markah 1 tanpa sebarang penjelasan tidak akan disiarkan kerana ianya tidak akan membantu sesiapa.

PERASAAN TERKILAN
Orang orang ini pada lazimnya menulis dengan teliti semakan terhadap sesuatu huraian daripada alasan alasan yang menyebabkan perasaan terkilan. Semakan yang sebegini adalah dialu alukan.

YANG KRITIKAL
Pekerja pekerja ini pada dasarnya berpuas hati tetapi ada beberapa isu isu kritikal yang dihuraikan dengan teliti. Semakan yang sedemikian adalah sangat membantu orang lain.

PENTING DIRI SENDIRI
Orang orang ini tidak mahu berkongsi pendapat dengan orang lain.
Kenyataan: Hendaklah diterima.

YANG BERPUAS HATI
Ini adalah (bagi pendapat saya yang terbesar) kumpulan dimana semuanya bersetuju dan dimana tiada perubahan diperlukan.
Kenyataan: Kumpulan ini adalah yang paling sukar untuk didorong supaya menyerahkan semakan. Jika anda salah seorang dari mereka, sayalah orang yang paling gembira dengan semakan anda.

YANG MENCURIGAKAN
Orang orang ini tidak berapa pasti tentang apa yang berlaku kepada semakan mereka. Adakah semuanya tidak bernama? Haruskah saya menjangka akibat akibat (mungkin negatif) dari semakan saya?
Kenyataan: Disini saya hanya membenarkan masa supaya bekerja untuk saya dan membina kepercayaan kepada banyak semakan semakan yang boleh membawa kepada penyertaan.

YANG TERTEKAN
Orang orang ini ada banyak yang hendak diperkatakan tetapi tidak mempunyai masa berbuat demikian. Tapi nanti mereka akan mempunyai masa… kita akan lihat!

YANG GHAIRAH
Orang orang ini mempunyai banyak keseronokan daripada pekerjaan mereka dan sangat berbangga dengan syarikat mereka. Mereka suka berkongsi kegembiraan dengan orang lain dan sangat gembira untuk menulis semakan yang teliti.